Thursday, April 9, 2009

PERASMIAN

Maka dengan lafaz Bismillah dan kata-kata pujian kepada pencipta, lahirlah sudah blog KELAB JANTAN PTS.

Adapun penubuhan KELAB JANTAN PTS ini sebagai satu wadah mengikut silaturrahim antara staff PTS yang mempunyai ciri-ciri lelaki. 

Antara faedah dan aktiviti yang bakal diterima oleh ahli kelab ialah;

AKTIVITI BERMORAL;

1. Outing photografi
2. Makan-makan di Bidayah
3. Lawatan ke Hospital untuk ahli kelab yang masuk hospital.
4. Bantuan kewangan untuk ahli yang memerlukan
5. Aktiviti kesenian 
6. Mencipta lagu-lagu putus cinta dan spiritual
7. Karaoke
8. Lawatan ke tempat-tempat bersejarah
9. Lawatan ke Zoo Negara
10. Berkongsi-kongsi ilmu pengetahuan dan debat perdana.
11. Membuat baju, barang-barang kraftangan dan seumpamanya.
12. Diskusi senario politik global
13. Lain-lain aktiviti yang tidak melanggar hukum syarak.

AKTIVITI TIDAK BERMORAL;
1. Menghina rakan-rakan kelab
2. Menyamakan Mat Jan dengan seorang lelaki gila yang berkeliaran di Bidayah.
3. Mentertawakan rakan-rakan yang tersilap cakap.
4. Mentertawakan Alif yang terkena berak burung.
5. Mempadankan ahli kelab bujang dengan perempuan-perempuan di sekitar ibu kota.
6. Mentertawakan ahli kelab yang belum berkahwin.
7. Dan lain-lain aktiviti yang difikirkan seronok untuk dilakukan.